Wednesday, June 3, 2015

Ahli Keluarga Baru...

Assalamualaikum..

Rasanya lama sangat tak berblog...hehehe...dah nak bersawang-sawang blog ni...hari ni ju'a nk kongsi sesuatu...hehehe...agak lama tak menulis so hari ni ju'a nk bagitau u all, yang ahli keluarga ju'a pun dah bertambah..kalau dulu hanya ada my chintahati dan my chintahatiibu AMMAR MIKHAIL, sekarang ni dah tambah seorg lagi ahli keluarga ju'a... 


Hari ni ju'a nak kenalkan my chintahatiibu yang baru... mesti tertanya-tanyakan siapa lak my chintahatiibu ju'a kan?? (Hahaha..perasan macam ade je orang yg tanye).. my chintahatiibu yang baru ni namanye AMNI MARYAH BINTI DARWIS.. hah sedap kan namanya?? (hahaha perasan lagi)... 


Maksud Amni adalah ketenangan / keamananku dan Maryah pulak bermaksud isteri Rasulullah, yang indah, puteh.. moga chintahatiibu si Amni Maryah mampu menjadi insan yg berjaya dunia akhirat, mampu memberi ketenangan pd ibu abah dan semua org disekeliling Amni sesuai dgn nama yg ibu dan abah berikan.. Wahh...panjang gitu harapan ibu ye..hehehe...


Ok nak share sikit Amni dilahirkan pada 15.02.2015 bersamaan dgn 25 Rabiulakhir 1436H.. Baby Amni dilahir jam 6.08ptg secara czer ye semua...baby Amni keluar ikut tingkap..ekekeke... tak kira la ikut tingkap ke cara normal ke, yang penting selamat, sihat, sempurna dan itu adalah yang dikehendaki oleh Allah SWT.. Ju'a syukur semuanya selamat...


Ok la xyah panjang2 cite lagi..jom layan gambar pulak...

1st day selepas keluar dr perut ibu.. tembamnye die..

Setelah 2 minggu melihat dunia.. muka sedih sebab udah botak..

 Chintahati ibu dan abah

 Adik Ammar Mikhail

Amni Maryah baru menjengah umur 2 bulan

Yeayyy...alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak..

Ramai yang cakap muka Maryah cam muka abah.. tapi ibu cakap muka Maryah la...hehehe..(bau jeles) kihkihkihkih..

ok...tq semua sudi layan gambar Maryah..nnt ju'a cite lagi ek..jumpe di next entry.. =)



* masih mencari supplement yg terbaik utk kesihatan anda.. boleh klik disini chintamikhail.blogspot.com...

Monday, September 8, 2014

Imbas kembali..

Salam...

Hai agaknya dah bersawang blog ini...hari ni rasa nak share sesuatu..Memang agak terlalu lama tidak mengarang apa2 di sini..hari ini 9/9/2014 satu tarikh yang membuatkan diri ini bergelar sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki.. Hari ini juga merupakan satu sejarah terlakar dalam hidup seorang perempuan yang telah pun bergelar seorang ibu..hari ini genap 3 tahun usia perkahwinan ku, dan selama 3 tahun ini juga la pelbagai, dugaan, ujian dan cabaran yang datang dalam melayari kehidupan berumah tangga..

Huhuhu..rasa cam formal sangat cerita kat atas tu..hehehe..sebenarnya hari ni ju'a nak share ape yang ju'a rasa..hehe..maklumlah hari ni hari yang bersejarah dalam hidup ju'a..sebagai seorg isteri mestilah nak sesuatu yang terbaik dalam kehidupan keluarganya kan??? cam tu la yang jua rs.. Apa yang ju'a pohon dan doa, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan, anak-anak yang soleh dan solehah, dapat berbakti pada keluarga, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ank, isteri, dan ibu, dimurahkan rezeki dan yang paling utama sekali diberikan kelapangan dalam menjalankan amanah dan ibadah kepada Allah.. =)... Moga Allah memberikan hidayah dan petunjukNya dalam meniti kehidupan..

Hari ni juga, ju'a rasa nk share la gambar2 insan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk terus berjaya dalam apa jua yang ju'a buat dan mereka2 ini la yang sentiasa mengembirakan ju'a selamanya.. =)

Ok..jom layan gambar...


My Family..
Ternganga anak ibu masa ni..terkejut tgk flash..hehehe

 Penawar hati ibu dan abah..bile letih tgk muka chintahati ni, mesti hilang semuanya.. =)

 My hero..my apak..love u.. =)

My super mum.. love u till Jannah mak..

 My Sporting Mum In Law... love u mak..

 My Super Hero..The Only One.. always miss u n love u till Jannah.. masa hari pernikahan kami (9/9/11)

My lil bro..love u bro..

  Our Family..

We n mak

Penyejuk mata, penyejuk hati.. Nyawa..Jantung Hati.. <3>


Saya Sayang Keluarga Saya....Merekalah segalanya bagiku..tiada siapa mampu mengantikan mereka..semoga Allah terus merahmati keluarga ini..amin..=) SAYA SAYANG KELUARGA SAYA..

Ok, tata...nanti sambung cite lain lak kat entry yang akan datang ok...tata..tq sebab sudi baca..=)

Monday, July 22, 2013

Flashback

Salam..hai semua..ari ni cik tetiba rasa nk flashback balik la masa ramadan tahun lepas dan raya tahun lepas..hehehe..masa dok belek2 album gambar dlm folder td nampak gambar masa puasa dan raya tahun lepas..rasa cam nak share..xyah cite panjang2 la kan, layan je gambar..

Puasa dan Raya 2011

Waktu berbuka puasa di Royal golf club kinta, Ipoh

Hari raya pertama sebagai isteri 

Jamuan Hari Raya di opis

Jamuan hari raya diopis OSC..muka sebelum bersalin..=)

Seronok dan best masa ni sebab mcm2 boleh makan...tp tetap kena kontrol dengan en suami sebab masa ni mengandung ade kencing manis..huhuhuhu..sodeh den.. (^___^)

Thursday, July 18, 2013

Ammar Mikhail..

Salam.. hai semua..cik nak kongsi beberapa gambar My Ammar Mikhail...cik malas nak bercerita panjang2..uolls layan gambar je la ek..

hari pertama kelahiran Ammar Mikhail


Hari ke 4


Saya dh seminggu ibu..=)


Kini saya dah sebulan

bambam x saya? 

Yeayy sy dah botak..saya dah masuk 2 bulan...=)


Happy kepala dah xde rambut..hehehe

Yes!!! berjaya jugak...

Saya nampak pink la ibu..hehehe

Senyum...

Ibu, nape saya comot ni??? ala x comey la...

Ibu lambat lg ke org tu nak antar makan ni? mikhail dh lapar ni...

Gembira dapat berdiri..

Bubble...

Ala atok xyah la pegang mikhail, mikhail nak jalan ni... (ada gaya model x?) kihkihkih



Ketika Majlis Aqiqah dan cukur jambol sy..=)



saya yang suka nganga..hehehehe

habis dah.. tq sudi layan gambar mikhail...nnt mikhail mintak ibu cite tentang mikhail lak ek..tata semua..=)


Tip Kebahagiaan Anak

Salam..rasanya agak lama cik x hupdate blog cik ni..dah bersawang2 agaknye..hehehehe..ok la ari ni cik xde la rajin sgt cuma rasa nak share sikit tip daripada Prof Muhaya..Tipsnye tentang membahagiakan anak...

Sejak cik dah berbaby ni ape yang cik buat pun pasti akan ingat pada anak...boleh kata setiap masa la rindu ngan die...hehehe...ooo..rindunya ibu pada Ammar Mikhail....tetiba lak..hehehe..ok la xyah panjang2..jom kita baca dan amalkan tip daripada Prof Muhaya ni..semoga dengan perkongsian ilmu ni, kita sama2 dapat mafaatnya... =)

(# next entry cik hupdate tentang baby cik ek..iaitu My Ammar Mikhail..^__^ )


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Tuesday, August 14, 2012

Semakin hampir

Salam..jumpa lg..rasanya lama dh cik xhupdate blog ni kan?hehehe..bukan la bz sgt pun cuma xsempat nak catatkan apa2 coretan..

hurmm...sedar x sedar bulan ramadhan dah semakin hampir meninggalkan kita...sayu lak rasa hati..agak2 bertemu atau tidak lagi ramadhan yang akan datang..begitu la hati cik rasa sekarang..masih berpeluangkah utk bertarawih lg..mudah2an Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang...

cakap tentang ramadhan ni, alhamdulillah ramadhan tahun ni cik dapat menunaikan puasa pada kali ni dgn baik walaupun keadaan fizikal cik yang sedang membawa amanah yang Allah berikan,... Syukur sangat rasa..ini la masa dan peluang yang cik rasa baik dan bertuah sekali sebab dapat mengajar zuriat yang sedang cik kandungkan ni untuk berpuasa..alhamdulillah hingga ke hari ini (ramadhan yg ke-25) Allah berikan cik kekuatan dan kesihatan yang baik... =) *(suka sebab dapat pose penuh, hehehe)... ape pun sokongan keluarga dan en. chintahati cik yang byk memberi dorongan dan sokongan..malah alhamdulillah tahun ni juga cik dapat wat solat tarawih *(walaupun ade kalanye ade gak tinggal, maklum le dpt jemputan iftar diluar, hehehe)...

kini mood raya pun pelan2 menjelma...kat opis cik pun dah meriah..cam2 digantung deme sebab nak sambut raya ...baru ade rasa nak raya...hehe..lagu raya pun dah kerap cik dengar kat opis ni...hehehe...mood raya weh...ye la kan ade lg  4 hari lg insyaAllah kita semua akan sambut raya..jd sembang pun byk ckp tentang raya la...raya kat mana? baju raya berapa? kuih raya byk x? mcm2 la..hehehe...terubatlah rasa sayu..tp mmg rasa sekejap sgt dah nak abis puasa..mudah2an Allah berikan barakah dan rahmat kepada kita semua dalam menyambut syawal yang menjelma...mudah2an dipertemukan lagi ramadhan yang akan datang..amin..

cik rasanya itu je la wat masa ni..kita layan gambo raya la ek...tata..salam



Selamat Hari Raya Aidilfitru buat semua..



Monday, July 16, 2012

- Apabila Ramadhan Menjelma-

Menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga kita dapat menunaikan ibadat di bulan Ramadhan ini dengan seikhlasnya..Mudah2an Allah terima segala ibadat kita amin..

Untuk renungan dan pengetahuan bersama:-

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.