Tuesday, August 2, 2011

L . O . V . E

Lagu ni, cik tujukan pada chintahati cik..

Lirik Lagu Falling in Love
(Dato' Siti Nurhaliza)

Once in a lifetime…
And your sweep took off your feet
And everything I’ve touched dissolve itself before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
This is so familiar but I’m caught up in this fantasy

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

You’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you



Thursday, July 28, 2011

~Hebat Ujian-Mu~

Cuaca ari ini nyaman sekali...redup, berangin dan begitu tenang..namun hati ini tidak setenang di wajah...terfikir-fikir apakah yang akan berlaku pada hari ni...huhhh..satu keluhan yang agak berat dilemparkan.. Ya Allah, aku bersyukur di atas kurniaanmu ari ini...namun jiwa dan hati ini begitu berat ku rasakan...Ya Allah apakah petanda pada semua ini???

Begitu la rasa hati cik pada hari ini..di kepala ini berbagai-bagai soalan yang datang menjengah...namun cik cuba untuk positifkan diri..mudah-mudahan apa yang sedang terbelenggu di dalam hati dan minda ini akan pergi dengan segera...=) mungkin ini la yang dikatakan gangguan perasaan..apabila hati menjadi lemah, syaitan akan mudah menguasai diri...menghasut diri untuk berfikir perkara yang tidak baik, berprasangka yang tidak baik...Ya, Allah hebatnya ujian-Mu,...

Namun, ini adalah sebahagian kecil ujian yang Allah berikan padaku.."Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku..sesungguhnya aku tahu, ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian yang Engkau berikan..." Amin....


Tuesday, July 19, 2011

~Setanggi Syurga~

"Ya Allah, mampukah aku mencapai syurgaMu?? Sesungguhnya aku redho dan bersyukur di atas segala yang telah Engkau berikan padaku..moga segalanya mampu memberikan menguatkan cintaku untuk terus mengejar cintaMu, Ya Allah"

.: Setanggi Syurga:.

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa digenggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati...

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman...

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung...

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh
Untuk bernaung...
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga yang hakiki
Dan abadi...

Dendam tak marak dan menyala
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam...

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan...

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga...

~itulah janjiMu, Ya Allah buat semua hambaMu..moga kita sama-sama dapat mengecapi syurga Allah...amin~

~Ubati Kesedihan~

Salam, hai!! Rasanye hampir seminggu cik x update apa2 kan??maklum la sebok buat itu, buat ini, sekadar menjenguk je blog ini dan blog kawan2 yang lain..hehehe...ok la, ape pun yang sebenarnya cik nak kongsi sesuatu..Kadang-kadang hari-hari yang kita lalui x semuanya indah dan gembira kan?? pasti ade yang sedih, sayu, xde mood, marah, menyampah dan macam2 lagi la...so, cik rasa ada cara untuk mengubati perasaan yang kurang enak ni, iaitu dengan berdoa...kerana ini lah yang dilakukan oleh Rasullah S.A.W..ape pun jom kita baca sama-sama artikel dan doa kat bawah ni...zoOmm...


Berdoalah Ketika Bersedih

Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita seperti kehilangan harta, kesulitan mencari pekerjaan, kematian salah seorang keluarga kita, tidak mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan, jodoh tidak kunjung datang ataupun yang lainnya, maka ucapkanlah doa berikut yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a: “Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.” melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.” Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).” (HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh SyuĆ¢’aib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)

Juga do’a berikut ini:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gundah gulana, sedih, lemah, malas, kikir, penakut, belenggu hutang dan dari tekanan/penindasan orang lain.” (HR. Al-Bukhariy 7/158 dari Anas radhiyallahu ‘anhu)








P/s: Moga-moga apa yang diajar oleh Rasullah S.A.W pada kita, dapat la mengurangkan rasa yang tidak enak..kerana kita perlu yakin Allah S.W.T sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-hambaNya... =)

Sunday, July 10, 2011

~Mudah-mudahan Allah berikan Barakah-Nya~

Sabda Nabi s.a.w. :-
‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam
kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis
daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a. :-
‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’

Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari
daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’

Sabda Nabi S.A.W :-
‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W :-
‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’

Bulan Syaaban – keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :-
‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’

Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

Sabdanya lagi :-
‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W.
kali keduanya, katanya :-
‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :- Orang yang kekal minum arak.
Orang yang derhaka dua ibubapanya.
Orang yang kekal dalam zina.
Orang yang banyak berkelahi.
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.’

Thursday, June 30, 2011

~Yang Maha Pemurah~

Salam..ari ni cik nak berkongsi sedikit mengenai kelebihan bulan Rejab..walaupun dah pun sampai ke penghujung bulan mulia ini..tapi rasanya slh...=) ok la, cik xnak ckp panjang lebar, mari kite sama-sama baca dan renungkan betapa Maha Pencipta itu begitu pemurah terhadap hambanya...

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.






~~Ya Allah, aku bersyukur ke hatratMu..Sesungguhnya, Engkau Maha Pemurah dan Maha Mengasihani...Sesungguhnya, Engkau amat menyayangi seluruh umat-Mu...Aku bersyukur, Ya Allah, Engkau memberikan aku peluang untuk terus bernafas di atas bumi-Mu untukku bertemu dengan bulan-Mu ini Ya Allah...Semoga Engkau terus merahmati dan memberkati kehidupanku agar aku dapat terus bertemu bulan-bulan mulia-Mu Ya Allah..Amin~~

Sunday, June 26, 2011

-->hurmmmm...sunyi+bosan+mengantuk = malas<--

Aduh..nape la ari..asal isnin je..mesti mood keje pun turun mendadak2..mula2 awal pagi semangat sgt..masuk keje, kalau boleh semua keje nk selesai cepat2..tp bile masuk je tghari, tambah2 masuk je waktu rehat..aduh, menjadi2 lak rs mengantuknye, bosannye tambah lak, suasana pun sunyi je, suram...lg menjadi2 la rasa yang M.A.L.A.S...huhhh...

Ape la nak buat ptg ni...dalam hati mulalah menjengah perasan cepat2 la kul 5..hehehe...dh pikir nak balik rumah pulak...kuikuikui...macam-macam perasaan dtg...kalau mata ni, jgn cakap la..dah rasa kuyu sgt2..kalau boleh nk je pejam kejap..dapat dalam 10minit pun jadi la..tp mane boleh skrg ni kan time keje...huhuhu..aduh, xtahannye....agrrhhhh...M.E.N.G.A.N.T.U.K nye mata....Ingatkan cik sorang je rasa cam tu, rupanye ade juga 2, 3 orang kawan cik dlm opis ni yang mempunyai perasaan sama ngan cik..hahaha..iaitu M.E.N.G.A.N.T.U.K + B.O.S.A.N = M.A.L.A.S

Hah, cam ni la rupa mata cik sekarang...



Bestnye kalau dapat cam ni kan????




hehehe...bestnye...tp ape kan daya, ini bukan masa dan ketikanye...kena la cik cari alternatif lain utk hilangkan rasa M.E.N.G.A.N.T.U.K + B.O.S.A.N = M.A.L.A.S..

Monday, June 13, 2011

~~rombongan dah sampai wehhh!!!~~

salam...jom kite sambung cite yang lalu...

tik tok tik tok...tgk jam dah dekat kul 1 ptg..tetamu dah ramai yang menunggu..tiba2 hp cik berbunyi "toik toik, toik toik" hehehe, kelakar la pulak dengan bunyinye...hehehe..tgk2 ade mesej masuk...rupa2nye yg ditunggu telah tiba...ape lagi habis sejuk2 tangan...rupa2nye...rombongan dah sampai yong!!!... aduh, ramainye...dah rasa cam nak kenduri besar je ni...hehehe..dgr2 ade 6 ke 7 buah kete yang dtg..bygkan la, ramai ke x, kalau 1 kete ade 5 org, kalau 7??xke ramai tu..hehehe..


sebelum keluar bilik..


Hampir setengah jam juga la, kedua2 keluarga bersembang, berbincang itu dan ini..dari perkara yang ringan sampai la yang berat..akhirnya cik dipanggil keluar..aduh, masa tu rasa xmau keluar dr bilik..malu sgt...kwn2 kat dlm bilik dah ckp mcm2, baca itu la. ini la..bg kuatkan semangat kata diorg..hehehe..tp bgs tau kawan2 cik ni...suka bantu kawan2..hehehe..puan seri hajar, kak ida dan anak2, siti safiya, chek, rosni dan intan..tq..kalau korang xbg semangat mau terketar2 cik..hehehe...

Cik pun duduk la diatas tilam merah yang cantik dan gebu tu..hehehe..dgn muka tersipu2 malu, maklum la byk sgt org, dgn cameramannye, xtau nk ckp la..ramainye orang.. dah rasa cam artis je masa tu...hehehe...semuanye nak tgk jari manis cik disarung cincin merisik dan bertunang oleh bakal mak mertua...hehehe..manis je rasa saat tu.. (^_^)



~~"lovely moment"~~

Bakal mak mertua cik lak, siap cakap "apasal sejuk je tangan ni?? takut ye??" cik senyum je la, xtau nak ckp ape..hehehe..sekarang ni dah 4bulan cik menjadi tunangan orang...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, dengan izinNya, segalanya selamat dan lancar..Semoga hari-hari yang akan datang sentiasa dilindungi Allah dan segalanya selamat dan berkekalan hingga ke syurga abadi..amin~~~

cik rasa cukup setakat ini...kite sambung lg di episod lain ye..tata...(^_*)

Friday, June 10, 2011

~..Pagi di hari itu..~

Tanggal 13 Feb 2011, Ahad..



Setelah selesai semuanya(makan,mandi,siap sedia tunggu puan juru mekap) mata xberkelip melihat tepak sirih diatas katil..hati semakin berdebar-debar ditambah dengan bau-bauan yang wangi..kepala terus membilang masa bergerak..rasanye terlalu pantas, terlalu cepat...Jam dah tunjuk kul 9.30 pagi tp kelibat puan juru mekap masih xnampak2...janji nak dtg kul 9.00 pagi?? Ini dah 30 minit lewat..mane la die ni..aduh dalam hati dan semakin risau..sakit ke??lupe ke die???atau ade job tempat lain ni??? ish, tp xkan la die lupe kot..hati semakin berteka-teki.. orang dah ramai dtg..jiran2, sedara mara kawan2 mmg dah ramai la kat umah ni...masa terus berjalan..

Tiba2 cik dengar satu suara, cukup lantang..dr jauh dah bercakap2...emm..sah la tu die.. " maaf la makcik, lambat mai, anak meragam sat td kat umah..jenuh la nak pujuk..nak kena bg dia tidoq sat br leh nak wat keja.." itu la die suara juru mekap cik, dari pintu pagar umah cik dh boleh dgr suara die..punye la kuat..hehehe..tp dlm hati cik marah gak la..lambat sgt die sampai..dekat2 10.45pagi..merepek la cik jap kat die..nasib la juru mekap ni kawan2 cik juga..boleh la nak 'sound' die..kalau org lain tu, berlapik2 gak la..hehehe..tp die ni bagus cam ne kite ckp pun xde la nak amik hati..dh mmg fhm cam ne ngan mulut cik ni..=)

Hampir dekat sejam lebih gak la cik dicantikan oleh puan juru mekap ni..hehehe..alhamdulillah, hasilnye memberansangkan..ramai yg puji dan tanye siapa yang mekap, amik kat mana..hehehe...best la kawen cik tu...dpt la die job..nak tgk x hasilnye??

cam ne??ok x??hehehe

buat puan juru makep..cik nak ucapkan berbanyak terima kasih...ramai yang suka dengan hasil kerja awak pada hari itu...sorry le buat ko kelam kabut ari tu intan..sape suh ko dtg lambat..nasib baik de 2 orang penyelamat yg bantu2 masa tu..buat kawan2, chek dan rose, tq so much tolong puan juru mekap cik ye..hehehe..tp korang tolong ape ye??ooo tolong memeriahkan bilik la ape lagi..tukang riuh rendah...hehehe

apa yang terjadi selepas itu???cik rasa kite tunggu la sambungan episod yang seterusnye ye..tata.. (^_^)

~ to be countinue.......

Thursday, June 9, 2011

Setahun telah berlalu

Salam,

Rasanya hampir setahun cik xde menulis atau meng'update'blog cik..dah berhabuk2 pun..hehehe..bukan ape cuma xsempat dan xde kelapangan masa nak menulis.. Pagi td kawan cik, puan seri hajar dah tegur bile nak meng'update' bolg awak?? so ari ni rasa cam agak rajin untuk menulis..

Dalam tempoh setahun yang telah berlalu, berbagai2 cerita, coretan dan kisah yang berlaku...dari yang gembira hingga la yang sedih...tp cik lebih banyak gembira dari sedih..hehehe...=) iye la, kalau terlalu ikutkan emosi yang sedih pun xbagus juga...nanti kite sendiri yang nampak tua..hehehe..jadi happy2kan diri kalau nak kelihatan muda..hehehe...

Rasanya cukup la setakat ini, ade masa lagi cik akan'flashback'balik ape peristiwa yang telah berlaku sepanjang tempoh setahun cik diamkan diri ye...hehehe...

Buat puan seri hajar natasha, nanti kite updatekan citenye ye...tata... (^_^)



Berkawan biar sampai bila-bila