Tuesday, August 14, 2012

Semakin hampir

Salam..jumpa lg..rasanya lama dh cik xhupdate blog ni kan?hehehe..bukan la bz sgt pun cuma xsempat nak catatkan apa2 coretan..

hurmm...sedar x sedar bulan ramadhan dah semakin hampir meninggalkan kita...sayu lak rasa hati..agak2 bertemu atau tidak lagi ramadhan yang akan datang..begitu la hati cik rasa sekarang..masih berpeluangkah utk bertarawih lg..mudah2an Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang...

cakap tentang ramadhan ni, alhamdulillah ramadhan tahun ni cik dapat menunaikan puasa pada kali ni dgn baik walaupun keadaan fizikal cik yang sedang membawa amanah yang Allah berikan,... Syukur sangat rasa..ini la masa dan peluang yang cik rasa baik dan bertuah sekali sebab dapat mengajar zuriat yang sedang cik kandungkan ni untuk berpuasa..alhamdulillah hingga ke hari ini (ramadhan yg ke-25) Allah berikan cik kekuatan dan kesihatan yang baik... =) *(suka sebab dapat pose penuh, hehehe)... ape pun sokongan keluarga dan en. chintahati cik yang byk memberi dorongan dan sokongan..malah alhamdulillah tahun ni juga cik dapat wat solat tarawih *(walaupun ade kalanye ade gak tinggal, maklum le dpt jemputan iftar diluar, hehehe)...

kini mood raya pun pelan2 menjelma...kat opis cik pun dah meriah..cam2 digantung deme sebab nak sambut raya ...baru ade rasa nak raya...hehe..lagu raya pun dah kerap cik dengar kat opis ni...hehehe...mood raya weh...ye la kan ade lg  4 hari lg insyaAllah kita semua akan sambut raya..jd sembang pun byk ckp tentang raya la...raya kat mana? baju raya berapa? kuih raya byk x? mcm2 la..hehehe...terubatlah rasa sayu..tp mmg rasa sekejap sgt dah nak abis puasa..mudah2an Allah berikan barakah dan rahmat kepada kita semua dalam menyambut syawal yang menjelma...mudah2an dipertemukan lagi ramadhan yang akan datang..amin..

cik rasanya itu je la wat masa ni..kita layan gambo raya la ek...tata..salam



Selamat Hari Raya Aidilfitru buat semua..



Monday, July 16, 2012

- Apabila Ramadhan Menjelma-

Menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga kita dapat menunaikan ibadat di bulan Ramadhan ini dengan seikhlasnya..Mudah2an Allah terima segala ibadat kita amin..

Untuk renungan dan pengetahuan bersama:-

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

dah 26 minggu... =)

Alhamdulillah ari ni cik g checkup perut..cam biasa la rutin setiap bulan dan td misi bgtau yang cik sekarang dah masuk minggu akhir trimester kedua sebelum masuk trimester ketiga.. hati semakin berdebar2..xsabar, risau, takut macam2 perasaan ade... mudah2an Allah permudahkan segalanya dan selamat semuanya...

Doa ku :-
"Ya Allah, Engkau telah berikan aku perasaan ini untuk merasai nikmat menjadi hambaMu yang bersyukur di atas kurniaan ini..aku memohon kepada-Mu Ya Allah agar Engkau terus membiarkan perasaan ini bercambah dan terus merasa nikmat bahagia dengan kurniaan-Mu ini...Ya Allah sesungguhnya aku redho dan bersyukur di atas apa yang telah Engkau kurniakan kepada aku dan suamiku...Semoga Engkau lindungi kami dan berkati hidup kami..Amin Ya Robbal'alami.."

"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu "

Wednesday, May 16, 2012

checkup

"alamak! kena checkup le esk"     tu la ayat yg kuar dr mulut cik semlam masa dlm kete masa ngan en suami...hehe..cam le xbiasa g check up kan? hehehe, sj la nak manja2 kit ngan en suami..kot2 le die nak temankan..tp ape kan daya, cik g sorg juga akhirnye...sbb en suami bawak motor ari ni, sbb die nak ot...

ok la, berbalik pd cite kite g check up kan, ari ni cik kena timbang, check air kencing, tgk tekanan darah dan amik darah kit je nak tgk BH ke HB xingat la cik..hehehe..pastu check perut..misi tu tekan2 perut nak cari baby duk tang mana, dan nak ras la kot2 ade ketulan lain ke atau ape2...Alhamdulillah..misi ckp, kedudukan baby ok..sayang anak ibu.. =) suka bile misi ckp membesar dgn sihat..cam ne misi tau ye, sebab die tekan2 je perut cik..musykil gak..tp ye la dah keje die, tau la die kan?..hehehe..

macam2 gak la misi cite td..dpt la sikit info baru yang sebelum ni, cik pun xtau...byk gak la yang cik kena jaga supaya, cik dan baby sama2 sihat..pastu dpt le lagi ubat/vitamin yang cik kena amik untuk kekalkan kesihatan cik dan baby..so balik ni kena la makan kan..hehehe..yang misi bg ari tu pun byk lg..xabis2..dah tu cam ne nak buat, bile ingat baru nak makan, kalau xingat xde la makan..ari  ni dpt, jd la koleksi ubat...hehehe..teringat lak kata2 kawan cik, puan seri hajar..die dulu pun, dpt ubat, bukannye dimakan sgt pun, dijadikan koleksi je..hehehe..puan seri kite pun dh jd cam awak...hehehe..tp asal anak sihat dan kite pun sihat, Alhamdulillah..ape yang merepek ni..hehehe..

berbalik tentang check up td, sebulan dari tarikh ari ni cik kena la g mengadap misi lg..pastu td pun misi dah bgtau 9 Julai 2012 cik kena minum air gula..huhuhuhu..ntah cam ne, bile dgr org cite semuanye ckp manis sgt..huh, boleh ke cik minum..insyaAllah, mudah2an Allah permudahkan..sebab cik ni jenis xsuka minum manis2..kalau terminum air yg manis sikit, mula cik akan cari air suam, utk kurangkan rasa manis..hehehe..harap2 boleh la kan, demi anak ibu ni, ibu sggp buat ape saja asal, anak ibu ni sihat dan selamat...amin..=)

ok la nnt, cik sambung lg k.. tata..

                                  anak ibu dah 17minggu..
byk minggu lg, dn byk perkara lg kite akan tempuh sayang..(^__^)


Tuesday, May 15, 2012

sensitif


Sejak akhir2 ni, cik rs diri ni terlalu sensitif..kadang2 tu benda kecik je..xde ape pun, cik boleh mengalirkan air mata..sampai tahap cam tu la..nak di jadikan cerita la, satu hari cik tgk la rancangan forum perdana ehwal islam (tajuk: seindah wajah)+ semanis kurma (tajuk air tangan ibu). Forum ni, masa tu mengisahkan tentang ibu..cik tgk sampai menangis teresak-esak...sedangkan xde pun cite sedih..cuma cara ahli panel tu sampaikan info tu sampai menyentuh jiwa..membuatkan kite terkenangkan pada mak kita..padahalnya hari sebelum tu cik baru je jumpe mak cik..hurmmm..gitu la rasa sensitifnye cik...yang en suami pulak, bile tgk kite dah mengalir2 air mata, mula mengusik..hah ade buat sesuatu kat mak le tu, sebab tu nangis2..lagi la mengalir air mata cik..hehehe..malu pun ade..tp mmg betui2 rs sebak..mmg terbayang2 wajah mak cik, rs teringat2 ape yang penah kite dah buat pd mak kite..

Esoknye g opis, cik pun tanye la kawan2 mana yang ade tgk rancangan tu, ade sorang kawan cik ni, ingat lagi x ngan Puan Seri Hajar..hehe..rupanye die pun sama cam cik, tgk sampai nangis..hehehe..kami pun gelak sama2..hehehe..kelakar pun ade...tp ye la, bila renung2kan balik, itu la tandanye yang kite ni masih perlukan mak kite...tu la tande kite sayang pada mak kite...tp mungkin ade juga org yang tgk (terutama perempuan) xde rs ape2..xmengalir pun air mata..mungkin la ade...mungkin mereka2 ni, antara org2 yang mempunyai kekuatan hati, tabah dan cekal..

Cik mmg seorg yang sensitif, sebabnye cik ckp cam ni, bile tgk org nangis pun, cik dh boleh nangis..hehehe..kdg2 tu xde la kena mengena sgt ngan kite pun..tp ye la, cepat sgt gugurnye air mata ni..cam hari ni pun, telah pun gugur air mata ni..rs yang xbest dlm hati..asik terpikir2..ntah la..semoganye semuanye hilang dengan cepat dan ada kegembiraan yang berpanjangan...ok la sampai sini dl..tata.. :)

                      gugurnya air mata ini..begitu mudah ia mengalir..

Friday, May 11, 2012

Bonda...


Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku 

Saya sayangkan mak...rindu pada mak selalu..
selagi nyawa dikandung badan, selagi ada daya ku,
 kasih sayangku terhadapmu tak pernah terpadam..
hingga ke akhir nyawa ini..sayang dan cinta ini terus buat MAK...
tetiba rasa rindu ini semakin kuat..walaupun baru je 2hari lepas jumpa mak..

Terima kasih mak, sebab tak jemu memberikan kasih sayang mak pada anak2 mak..
walaupun, kadang2 anak2 mak telah membuat hati mak terguris, 
tetapi mak masih memaafkan anak2 mak..kasih sayang mak xpernah kurang walau sedikitpun..
beruntungnya anak2 mak..TERIMA KASIH MAK atas KASIH SAYANG yang telah mak curahkan..
sesungguhnya tak terbalas semua jasa2 mak pada anak2 mak...

                                                          Saya Sayang Mak Saya...


                                               

Monday, May 7, 2012

Sekejap je..



Hai kejap je dah masuk minggu ke-2 bulan Mei dan xlama lagi dah nak masuk bulan Rejab, Syaaban kemudian dah Ramadhan.. =)

ape lg, belajo2 le pose..mana yang belum ganti pose tu cepat2 la ganti...hehehe..Alhamdulillah, cik dh selesai 'hutang' pose tu awal2..ye la takut terlupa pun ye..=)

Hurmmm...bile tgk2 kelender td, rasanye cepat betul masa berlalu..rasanya banyak perkara lagi yang belum diselesaikan...mudah2an Allah permudahkan segala urusan..Amin..

ok stop kat sini la...xtau nak cite ape lg..nnt cik sambung lg ek..hehe

tata..

Tuesday, May 1, 2012

Tahun 2012

Salam..

Rasanya agak lama cik x meng'update' blog ni kan??dah bersawang2..hurmmm iye la kali terakhir cik update blog ni pun bulan ogos tahun 2011...skrang ni cik dah pun jadi isteri kepada insan yang cik syg..alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. dan ade lagi berita yang cik nak kabarkan ni..Alhamdulillah semuanye rezeki Allah, insyaAllah dengan izin Allah bulan 10 nanti akan bertambahlah seorang lagi ahli keluarga cik..Terima Kasih Allah atas rezeki yang Engkau berikan. =)

Seronok ade, risau ade, takut ade, xsangka pun ade...baru la cik tau macam mane perasaan bonda cik masa preggy dulu...hehehe..okla , ari ni sebenarnya xade la cerita menarik yang nak cik kongsikan cuma nak khabarkan berita gembira ni saja..k sampai kite berjumpe lagi dalam entry yang akan dtg..(hurmmm..tp xtau la bile nak watnye..hehehe) tata..




comelkan??